ad
BERITA UTAMA

MPKj terima 60 unit Rumah Selangorku sebagai kuarters

20 Mei 2023, 2:00 AM
MPKj terima 60 unit Rumah Selangorku sebagai kuarters
MPKj terima 60 unit Rumah Selangorku sebagai kuarters

HULU LANGAT, 20 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerima 60 unit Rumah Selangorku di Pangsapuri Idaman Abadi di Kajang 2 di sini yang akan dijadikan sebagai kuarters.

Menurut MPKj, pemberian kediaman tersebut susulan kelulusan Kerajaan Negeri Selangor untuk menukar Kuarters Majlis Jaya, Sungai Chua kepada unit rumah mampu milik berkenaan.

“Melalui kelulusan itu, MPKj menerima 60 unit Rumah Selangorku (Jenis D) dengan keluasan 1,022 kaki persegi dengan anggaran RM200,000 seunit,” katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_582232" align="alignnone" width="754"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmudin Jemain (dua, kanan) bersama Pengarah Urusan Trans Loyal Development Sdn Bhd Chia Yan Song (dua, kiri) pada majlis simbolik penyerahan kunci kuarters MPKj, 60 unit Rumah Selangorku @ Pangsapuri Idaman Abadi sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj 2023 di pekarangan Menara MPKj, Kajang pada 29 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Simbolik gimik penyerahan kunci kediaman kepada Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain disempurnakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj 2023 di Menara MPKj di sini semalam.

Pembangunan Rumah Selangorku@Pangsapuri Idaman Abadi melibatkan 352 unit blok 30 tingkat termasuk lapan tingkat tempat letak kereta, dua unit kebuk sampah dan satu unit pondok pengawal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.