ad
AGENDA

Kereta rempuh gerai nasi lemak, tiga kritikal, enam cedera

19 Mei 2023, 7:39 AM
Kereta rempuh gerai nasi lemak, tiga kritikal, enam cedera
Kereta rempuh gerai nasi lemak, tiga kritikal, enam cedera

ALOR SETAR, 19 MEI: Tiga kritikal, enam lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai nasi lemak di Jalan Hospital dekat Taman Suria Jitra, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata kejadian jam 8.25 pagi itu turut melibatkan tiga kenderaan lain dan enam motosikal yang berada berhampiran gerai terbabit.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Satria itu terbabas dan melanggar kereta lain diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh orang ramai yang sedang beratur di hadapan gerai nasi lemak berkenaan.

“Sembilan individu cedera dengan tiga daripada mereka kritikal termasuk pasangan suami isteri yang menjual nasi lemak di gerai itu. Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_582202" align="aligncenter" width="811"] Lokasi kemalangan di Jalan Hospital, Taman Suria Jitra, Alor Setar selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai nasi lemak menyebabkan sembilan orang cedera pada 19 Mei 2023. Foto Facebook Ayman Joshua Joe[/caption]

Rodzi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu dan mengambil keterangan beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta berkenaan juga didapati tiada lesen memandu dan cukai jalan serta insurans kenderaan itu tamat tempoh,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.56 pagi dan sebuah jentera serta van perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra dikerah ke lokasi kejadian.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.