ad
AGENDA

Duta asing sambut baik dasar 5G negara, pacu perkhidmatan telekomunikasi

18 Mei 2023, 3:00 PM
Duta asing sambut baik dasar 5G negara, pacu perkhidmatan telekomunikasi
Duta asing sambut baik dasar 5G negara, pacu perkhidmatan telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Duta-duta asing menyambut baik penjelasan dan keterbukaan Kerajaan Perpaduan terhadap dasar 5G negara, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran dalam Facebook, beliau berkata reaksi itu ialah lanjutan daripada sesi taklimat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama duta-duta asing mengenai dasar 5G negara, hari ini.

[caption id="attachment_579486" align="aligncenter" width="813"] Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada majlis pelancaran ulang tahun ke-10 ‘Klik Dengan Bijak’ di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 17 Januari 2023. Foto BERNAMA[/caption]

“Saya memaklumkan keputusan Kerajaan Perpaduan melaksanakan pendekatan dwirangkaian bagi perkhidmatan 5G sebagai usaha mewujudkan persaingan sihat sekali gus memacu kualiti perkhidmatan telekomunikasi negara.

“Pembangunan rangkaian 5G wajar diterajui semula pihak penyedia perkhidmatan apabila pencapaian liputan 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

“Alhamdulilah, duta-duta menyambut baik penjelasan dan keterbukaan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada 3 Mei lepas, Fahmi berkata kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu yang akan diwujudkan pada awal 2024.

Katanya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.