ad
AGENDA

Landasan Lumayan dekati komuniti, semai kesedaran pelihara sungai

18 Mei 2023, 2:00 PM
Landasan Lumayan dekati komuniti, semai kesedaran pelihara sungai
Landasan Lumayan dekati komuniti, semai kesedaran pelihara sungai
Landasan Lumayan dekati komuniti, semai kesedaran pelihara sungai
Landasan Lumayan dekati komuniti, semai kesedaran pelihara sungai

SHAH ALAM, 18 MEI: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) melaksana pelbagai usaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memelihara sungai.

Pengarah urusannya berkata pihaknya mensasarkan untuk lebih dekat dengan komuniti, terutamanya penduduk tempatan dan golongan nelayan di muara sungai.

[caption id="attachment_582037" align="aligncenter" width="783"] Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin. Foto Selangor Maritime Gateway[/caption]

“Kita berhubung dengan komuniti kampung ini. Kemudian kita gotong-royong bersihkan jeti, kawasan-kawasan sekitar. Sekarang kita dah mulakan program lawatan sambil belajar ke sungai yang diusahakan persatuan nelayan.

“Mereka sediakan bot, kita jemput pelajar-pelajar sekolah, universiti, komuniti korporat untuk datang dan tengok sendiri keadaan Sungai Klang,” kata Syaiful Azmen Nordin ketika ditemubual Media Selangor, baru-baru ini.

Selain itu, Syaiful Azmen berkata LLSB bersama The Ocean Cleanup sedang mencari jalan untuk menggunakan semula sisa sungai terutamanya plastik bagi meminimumkan sisa sungai ke tapak pelupusan sampah.

[caption id="attachment_515346" align="aligncenter" width="742"] Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup Boyan Slat (tengah), memberi penerangan berkenan jentera interceptor yang berfungsi sebagai perangkap sampah kepada EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim (tiga, kiri) turut sama Pengasas #SayNo2Palstic, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan) dan Ketua pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Norita Mohd Sidek (kanan) ketika Sesi Lawatan jentera perangkap sampah Interceptor 005 di Sungai Klang, Klang pada 4 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Menurutnya, LLSB juga melaksanakan sebuah projek bersama Nestle Malaysia untuk pengeluaran dan pembersihan plastik dari perangkap sampah.

Pada 2018, Kerajaan Negeri melancarkan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) sebagai inisiatif untuk membersih, memulihara dan membangunkan Sungai Klang yang tercemar.

LLSB, sebuah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi merancang dan mengurus pelaksanaan projek.

[caption id="attachment_361782" align="aligncenter" width="809"] Amirudin Shari (dua kanan) menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM200,000 daripada Ketua Pengarah Eksekutif Westports Malaysia Sdn Bhd, Eddie Lee Mun Tat (dua kiri) kepada Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd, Syaiful Azmen Nordin (kanan) ketika melancarkan Gerbang Maritim Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 29 Oktober 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.