ad
AGENDA

Negeri tambah 500 dos vaksin percuma buat jemaah haji

18 Mei 2023, 10:43 AM
Negeri tambah 500 dos vaksin percuma buat jemaah haji
Negeri tambah 500 dos vaksin percuma buat jemaah haji

SHAH ALAM, 18 MEI: Jumlah vaksin pneumokokal yang diberikan secara percuma kepada jemaah haji negeri ini ditingkatkan kepada 2,000 dos, maklum Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata tambahan 500 dos berikutan sambutan menggalakkan daripada jemaah dan diharap membela kesihatan mereka untuk menjalankan ibadah tahun ini.

"Vaksin ini diberikan bawah Hari Vaksinasi Dunia Peringkat Negeri Selangor dan tambahan kepada vaksin meningokokal yang diwajibkan bagi jemaah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah sebanyak 1,500 dos diberikan kepada jemaah di Masjid Negeri pada 7 Mei, dengan

1,383 dos telah disuntik manakala baki masih terdapat di Klinik Selcare Universiti Selangor.

Pada 6 Mei, EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata pemberian vaksin kepada jemaah haji bagi melindungi mereka daripada jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah.

Menurutnya, prapendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bermula 6 Mei atau hubungi talian 1-800-22-6600 untuk maklumat lanjut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.