ad
AGENDA

Kapasiti tujuh empangan capai 100 peratus, tahan empat bulan tanpa hujan

18 Mei 2023, 10:08 AM
Kapasiti tujuh empangan capai 100 peratus, tahan empat bulan tanpa hujan
Kapasiti tujuh empangan capai 100 peratus, tahan empat bulan tanpa hujan

SHAH ALAM, 18 MEI: Jumlah takungan air bagi tujuh empangan di Selangor mencapai kapasiti penuh 100 peratus setakat semalam dan mampu bertahan selama empat bulan tanpa hujan.

Dato' Menteri Besar memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) turut mengenal pasti 98 kolam takungan sebagai sumber air alternatif dengan jumlah simpanan 34 juta meter padu.

"Sehingga 17 Mei, keseluruhan takungan bagi tujuh empangan berada pada kapasiti penuh 100 peratus.

"Berdasarkan trend penggunaan air di negeri secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Tujuh empangan yang berfungsi sebagai takungan sumber air seperti berikut:

  • Empangan Sungai Selangor (Hulu Selangor)
  • Empangan Sungai Tinggi (Hulu Selangor)
  • Empangan Tasik Subang (Petaling)
  • Empangan Sungai Langat (Hulu Langat)
  • Empangan Semenyih (Hulu Langat)
  • Kolam Off River Storage Labu (Sepang)
  • Empangan Klang Gates (Gombak)
  • Empangan Batu (Gombak)

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laporannya menjangka kebarangkalian berlaku El Nino sekitar 57 peratus antara Jun hingga September dan meningkat kepada 62 peratus (September hingga November).

Fenomena itu berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekali gus menyebabkan sistem iklim berubah kepada panas dan kering serta kurang taburan hujan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.