ad
AGENSI

Jualan murah DUN Sungai Tua buka awal, 300 pengunjung beratur sejak 8.45 pagi

18 Mei 2023, 8:47 AM
Jualan murah DUN Sungai Tua buka awal, 300 pengunjung beratur sejak 8.45 pagi
Jualan murah DUN Sungai Tua buka awal, 300 pengunjung beratur sejak 8.45 pagi
Jualan murah DUN Sungai Tua buka awal, 300 pengunjung beratur sejak 8.45 pagi

GOMBAK, 18 MEI: Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di tapak pasar malam Kampung Wira Damai, di sini mendapat sambutan menggalakkan apabila 300 pengunjung mula beratur sejak 8.45 pagi.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua Shanmugam Batumalay berkata pihaknya membuat keputusan membuka jualan murah berkenaan lebih awal bagi memudahkan urusan orang ramai membuat pembelian.

[caption id="attachment_582011" align="aligncenter" width="795"] Shanmugam Batumalay.  Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

“Orang ramai sudah mula beratur panjang sejak 8.45 pagi walaupun kaunter jualan dibuka 10 pagi. Ramai yang terpaksa berjemur bawah panas matahari kerana khemah penuh.

“Jadi kami buka 20 minit awal dengan sistem nombor giliran. Tidak terlalu sesak boleh ambil masa beli barangan keperluan masing-masing,” katanya sambil menambah ayam dan telur menjadi barangan paling laris dijual.

Menurut Shanmugam, pihaknya turut memberi peluang kepada pengunjung yang tidak mempunyai nombor giliran untuk membeli bergantung kepada bekalan barangan yang masih ada.

[caption id="attachment_582012" align="aligncenter" width="691"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual di Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Kampung Bahtera, Batu Caves pada 18 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

JER kendalian PKPD menawarkan jualan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Inisiatif itu memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.