SHAH ALAM, 17 MEI: Lebih 300 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka Yayasan Hijrah di Kompleks Generasi Muda dan Sukan di Seksyen 7 di sini hari ini.
Lebih menarik, majlis turut diserikan dengan alunan bacaan ayat suci daripada program khatam al-Quran yang dianjur serentak.
Pemangku ketua Pegawai eksekutifnya berkata program khatam al-Quran merupakan kesinambungan daripada program tadarus yang dianjurkan semasa Ramadan lalu.
[caption id="attachment_581853" align="alignnone" width="805"] Setiauasaha Politik Dato' Menteri Besar, Juwairiya Zulkifli bergambar bersama tetamu jemputan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Hijrah Selangor di Kompleks Generasi Muda dan Sukan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 17 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
“Ini adalah julung kali kita adakan program tadarus dan khatam al-Quran. Program tadarus itu disertai semua kakitangan kita iaitu kira-kira 200 orang.
“Selepas ini, kita bercadang untuk melaksanakan program tadarus al-Quran bersama-sama agensi lain pada Ramadan akan datang,” kata Normaiza Yahya.
Hadir sama Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Juwairiya Zulkifli dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Norita Mohd Sidek.
Tetamu dihidang dengan juadah seperti sate, cendol, kambing bakar dan kuih-muih selain dihibur dengan persembahan nasyid dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7.