ad
AGENDA

Laluan kontra di Kesas esok, 21 Mei

17 Mei 2023, 9:24 AM
Laluan kontra di Kesas esok, 21 Mei

SHAH ALAM, 17 MEI: Dua laluan kontra akan dibuka di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) pada 18 dan 21 Mei ini untuk membolehkan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan merentasi lebuh raya itu dijalankan bagi projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Dalam kenyataan bersama KESAS dan WCE memaklumkan pelaksanaan laluan kontra itu dijalankan secara berperingkat bermula dari Kilometer (KM) 23.0 hingga KM23.5 di kedua-dua arah dari 10 malam hingga 5 pagi.

"Laluan kontra arah timur (arah Subang/Kuala Lumpur) pada 18 Mei ini, manakala laluan kontra arah barat (arah Shah Alam/Klang) pada 21 Mei," menurut kenyataan bersama itu.

Pengguna KESAS dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda serta petugas trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.