ad
PBT

MPK anjur pertandingan pustaka mini buku kitar semula, tawar hadiah wang tunai

17 Mei 2023, 8:48 AM
MPK anjur pertandingan pustaka mini buku kitar semula, tawar hadiah wang tunai
MPK anjur pertandingan pustaka mini buku kitar semula, tawar hadiah wang tunai

Oleh Mohamad Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 17 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menganjurkan pertandingan sudut atau ruang perpustakaan mini dengan tema ‘Kitar Semula Buku-Buku Terpakai’ di bangunan strata di bawah pentadbirannya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata penyertaan dibuka mulai 15 Mei manakala tarikh penjurian bermula pada September hingga November depan.

“Antara syarat pertandingan adalah sudut atau ruangan bacaan tersebut hendaklah menepati tema kitar semula serta buku-buku terpakai yang disumbangkan perlu berada dalam keadaan baik untuk digunakan semula.

"Buku bacaan juga mestilah sesuai dengan semua peringkat umur. Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar dan Desa MPK,” katanya di Facebook.

MPK memaklumkan johan pertandingan bakal menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib johan (RM1,500), tempat ketiga (RM750) serta tujuh hadiah sagu hati (RM200).

"Objektif pertandingan itu untuk menyokong agenda pembangunan lestari dengan membudayakan amalan kitar semula serta mengurangkan penggunaan kertas bagi tujuan pencetakan buku," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.