AGENDA

Bilik pencawang TNB di pusat beli-belah Mid Valley terbakar

17 Mei 2023, 4:41 AM
Bilik pencawang TNB di pusat beli-belah Mid Valley terbakar

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah Mid  Valley Megamall hari ini.

Beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kebakaran telah berlaku di pusat beli-belah itu.

“Kebakaran itu melibatkan salah sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.