ad
AGENDA

PM ziarah presiden Abim pertama kini dalam keadaan uzur

13 Mei 2023, 2:19 PM
PM ziarah presiden Abim pertama kini dalam keadaan uzur

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Sebelum menghadiri Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Terengganu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Ustaz Razali Nawawi yang kini berada dalam keadaan uzur.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengiringi Anwar ketika menziarahi Razali yang merupakan rakan karib Perdana Menteri itu.

“Semoga Allah SWT memberikan afiyah dan kekuatan kepada beliau,” kata Perdana Menteri dalam hantaran Facebooknya, malam ini.

Sebelum ini, ABIM melalui laman media sosialnya turut memohon semua mendoakan Razali yang juga bekas Dekan Ahmad Ibrahim Kulliyah of Law, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.