AGENDA

Stor komputer SMK Taman Yarl terbakar, tiada mangsa dilapor terlibat

12 Mei 2023, 3:08 AM
Stor komputer SMK Taman Yarl terbakar, tiada mangsa dilapor terlibat

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Sebuah stor menyimpan barangan komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl di sini terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 7.26 pagi tadi dan seramai 15 anggota dengan dua jentera dan sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling dan Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut jurucakap berkenaan, kebakaran melibatkan stor menyimpan komputer berkeluasan 20x20 kaki dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.42 pagi.

“Kebakaran memusnahkan 60 peratus stor berkenaan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat, punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata jurucakap itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.