ad
AGENSI

Orang ramai digalak daftar, sertai kempen tanam 100 juta pokok

10 Mei 2023, 9:39 AM
Orang ramai digalak daftar, sertai kempen tanam 100 juta pokok
Orang ramai digalak daftar, sertai kempen tanam 100 juta pokok
Orang ramai digalak daftar, sertai kempen tanam 100 juta pokok

KUALA SELANGOR, 10 MEI: Lebih 796,000 pokok ditanam di Selangor setakat ini sebagai usaha penghijauan negara menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

Pengarah Perhutanan Negeri Azhar Ahmad berkata angka itu akan terus bertambah susulan maklum balas positif yang diterima berhubung kempen itu.

"Sesiapa saja boleh mendaftar jika mereka ada membuat penanaman pokok. Orang awam atau agensi digalak menyertai kempen ini.

"Mereka boleh mendaftar di laman sesawang kempen berkenaan jika mereka ada membuat penanaman pokok. Kita sasar tanam 100 juta pokok, justeru penyertaan semua pihak amat dialu-alukan," katanya ketika ditemui selepas lawatan bersama delegasi Dialog Kebangsaan Global Environment Facility Cycle-8 (GEF-8) di Hutan Simpan Raja Musa di sini, hari ini.

[caption id="attachment_580678" align="aligncenter" width="703"] Pengarah Perhutanan Negeri Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad (duduk, tujuh kiri) bersama delegasi Dialog Nasional Kemudahan Persekitaran Global (GEF) ketika lawatan ke Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor pada 10 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Seramai 80 delegasi daripada pelbagai agensi termasuk luar negara menyertai sesi lawatan berkenaan  yang bertujuan memupuk kesedaran ke arah pemuliharaan dan pemeliharaan hutan paya gambut di negeri ini.

Pelaksanaan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan serta kualiti hidup.

Ia juga antara lain bagi menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara melalui penanaman pelbagai jenis pokok.

[caption id="attachment_580681" align="aligncenter" width="703"] Delegasi Dialog Nasional Kemudahan Persekitaran Global (GEF) melihat pemandangan ketika lawatan ke Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor pada 10 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.