ad
AGENDA

Pengamal media rasai lawatan, rekreasi di Selangor, Negeri Sembilan

9 Mei 2023, 8:00 AM
Pengamal media rasai lawatan, rekreasi di Selangor, Negeri Sembilan
Pengamal media rasai lawatan, rekreasi di Selangor, Negeri Sembilan

GOMBAK, 9 MEI: Seramai 25 pengamal media dari 15 agensi termasuk portal berita menyertai program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan bermula semalam hingga Khamis ini.

Pengarah Media dan Komunikasi Korporat Dato’ E Sivabalan berkata penganjuran edisi ke-15 yang diperkenal sejak 2005 melibatkan persinggahan di beberapa lokasi menarik sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

“Program ini mendapat kerjasama dua Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan. Dua hari pertama kita jelajah Selangor manakala dua hari lagi dihabiskan di Negeri Sembilan.

“Peserta juga boleh merasai sendiri pengalaman di kawasan rekreasi yang dikunjungi. Antaranya ‘cave tour’, ‘wall climbing’, meredah hutan dan ‘base jump’,” katanya.

[caption id="attachment_580446" align="alignnone" width="754"] EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah (tengah) bergambar bersama pengamal media yang mengikuti program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Gua Damai Gombak pada 9 Mei 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika sesi ramah mesra Kembara Media di Gua Damai, Gombak di sini hari ini. Turut hadir EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah.

Di Selangor, Sivabalan berkata peserta dibawa ke kawasan terkenal dengan aktiviti rekreasi serta pelancongan antaranya Gamuda Cove Discovery Park, Cove Aerobar dan Goosebumps Rope Course.

“Mereka turut dibawa ke Paya Indah Discovery Wetlands, Splash Mania Water Theme Park dan hari ini ke Gua Damai Extreme Park. Selepas ini bertolak ke Negeri Sembilan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.