ad
AGENDA

Adik perempuan maut selepas parah dipukul abang kandung

9 Mei 2023, 3:39 AM
Adik perempuan maut selepas parah dipukul abang kandung

SHAH ALAM, 9 MEI: Seorang perempuan maut dipercayai dipukul abang kandungnya dalam kejadian di Jalan Signal Hill, Kota Kinabalu Khamis lalu.

Timbalan ketua polis daerah Kota Kinabalu berkata mangsa, 25, ditemui bapanya dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri selain terdapat luka yang teruk di muka, lapor Kosmo!.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai dilakukan oleh abang mangsa. Mengikut keterangan awal daripada keluarga, hanya mangsa bersama suspek berada di rumah sewaktu kejadian.

"Punca kejadian dipercayai daripada pergaduhan di antara kedua beradik terbabit berikutan mangsa dan suspek seringkali bergaduh. Namun, motif sebenar pergaduhan itu belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Superintendan Kalsom Idris.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam Sabtu lalu.

Tambahnya, suspek kini direman selain dua bentuk cincin dirampas, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.