ad
ADN

Kutipan sampah pukal, selenggara lif antara isu ditangani ADN Seri Setia

8 Mei 2023, 4:33 AM
Kutipan sampah pukal, selenggara lif antara isu ditangani ADN Seri Setia
Kutipan sampah pukal, selenggara lif antara isu ditangani ADN Seri Setia

Oleh Diana Abd Wahab

PETALING JAYA, 8 MEI:  Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia berjaya menyelesaikan pelbagai isu di kawasan terbabit sepanjang sepenggal memegang jawatan itu.

Halimey Abu Bakar berkata antara isu berbangkit yang berjaya ditangani sebagai wakil rakyat antaranya sampah pukal dan penyelenggaraan lif bagi kemudahan serta keselesaan penduduk.

[caption id="attachment_580257" align="alignleft" width="362"] ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Alhamdulillah, setakat ini kita berjaya selesaikan masalah berkaitan sampah pukal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dengan bantuan KDEB Waste Management (KDEBWM).

“Kita juga dapat atasi isu berkaitan penyelenggaraan lif di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang walaupun terdapat satu dua masalah memandangkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah melantik syarikat penyelenggaraan baharu di situ,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang berlangsung di tempat letak kereta Jalan PJS6/6A, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Halimey yakin mampu mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2018.

“Saya telah laksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat  dengan lakukan kerja sebaik mungkin, kita tiada masalah dan sedia ‘berperang’ dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Dengan gerak kerja yang telah dibuat dan sokongan pengundi pelbagai kaum di kawasan ini kita yakin  akan menang sekali lagi  di DUN Seri Setia,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.