ad
BERITA UTAMA

Rumah terbuka peluang rakyat bertemu pemimpin lebih dekat

8 Mei 2023, 12:00 AM
Rumah terbuka peluang rakyat bertemu pemimpin lebih dekat
Rumah terbuka peluang rakyat bertemu pemimpin lebih dekat
Rumah terbuka peluang rakyat bertemu pemimpin lebih dekat
Rumah terbuka peluang rakyat bertemu pemimpin lebih dekat
Rumah terbuka peluang rakyat bertemu pemimpin lebih dekat

KUALA LANGAT, 8 MEI: Pengunjung Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) menyifatkan majlis rumah terbuka sebagai peluang terbaik mereka untuk bertemu pemimpin dengan lebih dekat.

Pesara guru, Sow Aai Hing, 73, berkata selain dapat menikmati juadah Aidilfitri kegemarannya iaitu lemang, beliau juga berpeluang bertemu rakan-rakan dari pelbagai bangsa.

[caption id="attachment_580185" align="aligncenter" width="782"] Sow Aai Hing, 73,[/caption]

“Saya memang suka ke rumah terbuka, selain berjumpa rakan-rakan daripada pelbagai kaum, kita dapat lihat pemimpin lebih dekat.

“Bukan mudah nak jumpa mereka, jadi ini antara peluang keemasan yang patut kita gunakan sebaiknya,” katanya ketika ditemui pada JKSA daerah Kuala Langat di tapak pasar malam, Taman Perwira Sijangkang di sini malam tadi.

Operator kilang Zarina Sulaiman, 30, berkata ini merupakan kunjungan kali pertamanya ke rumah terbuka seumpama ini.

[caption id="attachment_580184" align="aligncenter" width="713"] Zarina binti Sulaiman, 30,[/caption]

“Saya sangat gembira lihat rakyat pelbagai kaum sama-sama menikmati juadah masyarakat Melayu malah tidak kekok untuk bertegur sapa antara satu sama lain.

“Selain itu pemimpin juga sangat mesra rakyat mereka boleh datang ke meja malah melawat gerai-gerai makanan yang membuatkan kami rasa lebih dekat dengan mereka,” katanya.

[caption id="attachment_580188" align="aligncenter" width="815"] Orang ramai menghadiri majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Langat di Taman Perwira, Kuala Langat pada 7 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

JKSA daerah Kuala Langat malam ini berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.

Mereka disajikan dengan pelbagai juadah daripada 16 gerai yang disediakan termasuk lemang, rendang, kambing bakar, kuih muih, apam balik dan pecal.

[caption id="attachment_580187" align="aligncenter" width="796"] Orang ramai menghadiri majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Langat di Taman Perwira, Kuala Langat pada 7 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.