ad
AGENDA

Sukan SEA: Kem renang negara cemerlang, enam atlet mara ke final

6 Mei 2023, 6:23 AM
Sukan SEA: Kem renang negara cemerlang, enam atlet mara ke final

PHNOM PENH, 6 MEI: Kem renang negara memulakan kempen Sukan SEA 2023 dengan positif apabila enam atlet berjaya mendapat tempat ke final dalam acara masing-masing yang berlangsung di Morodok Techo Aquatic Centre, di sini hari ini.

Dalam acara 200 meter (m) rampaian individu lelaki, Arvin Shaun Singh Chahal mendominasi saringan 1 dengan catatan masa 2 minit 5.330 saat (s), manakala Tan Khai Xin menamatkan saringan 2 di tempat kedua selepas merekodkan 2:07.480s.

Kecemerlangan kem negara diteruskan pada acara 100m gaya bebas lelaki apabila Lim Yin Chuen mencatatkan 51.040s untuk menamatkan saringan 2 di tempat kedua, manakala perenang meningkat naik, Khiew Hoe Yean menghabiskan saringan 3 dengan masa 50.730s.

Pada acara 50m kuak dada wanita, Tan Rouxi dan Phee Jing En mara ke final selepas menamatkan saringan pertama dan kedua masing-masing dengan catatan masa 33.410s dan 32.410s.

Dalam pada itu, dua wakil negara Hii Puong Wei dan Terence Ng Shin Jian gagal dalam peringkat kelayakan 100m kuak lentang lelaki. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.