SUBANG JAYA, 4 MEI: Sambutan rumah terbuka peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang malam ini meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu pelbagai bangsa.
Wakil rakyatnya berkata pelbagai aktiviti menarik disedia antaranya pemberian duit raya kepada lebih 500 kanak-kanak serta 75 cabutan bertuah melibatkan hamper dan barangan elektrik.
[caption id="attachment_579704" align="alignnone" width="748"] Orang ramai menikmati juadah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seri Serdang di Dataran Niaga Puchong Permai, Subang Jaya pada 4 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]
“Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian. Paling menarik kita sediakan 28 gerai makanan dan semuanya menyajikan juadah enak.
“Antaranya nasi tomato, mi rebus, sate dan makanan tradisi raya seperti lemang, ketupat dan rendang. Menu terkenal Kelantan iaitu sate ikan (lokcing) dan aiskrim Malaysia turut dijamu,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.
Turut hadir Ahli Parlimen Puchong Yeo Bin Yin dan Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya Mohd Zulkarnain Che Ali.