ad
ADN

Warga emas, mualaf Hulu Kelang terima Bakul Rahmah sempena Aidilfitri

4 Mei 2023, 11:10 AM
Warga emas, mualaf Hulu Kelang terima Bakul Rahmah sempena Aidilfitri
Warga emas, mualaf Hulu Kelang terima Bakul Rahmah sempena Aidilfitri

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 4 MEI: Lebih 18 warga emas dan mualaf menerima Bakul Rahmah berisi makanan asas pada program ziarah raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang hari ini.

Pegawai khas wakil rakyat DUN berkenaan berkata bantuan yang dihulur ahli majlis Zon 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya bermatlamat menyantuni golongan itu sempena Aidilfitri.

[caption id="attachment_579690" align="alignleft" width="266"] Pegawai Khas ADN Hulu Kelang, Anfaal Saari[/caption]

"Masih dalam suasana hari raya, kita mahu menyantuni mereka (warga emas) ini dan juga mualaf terutama dari bangsa lain.

"Ada dalam kalangan mereka ini tinggal sebatang kara, ada juga yang bersendirian menyambut hari raya tanpa keluarga, kita tidak mahu kumpulan ini berasa tersisih lebih-lebih lagi ketika umat Islam merayakan hari kebesaran ini," kata Anfaal Saari.

Terdahulu, beliau bersama wakil Biro Integrasi Amanah Negeri Selangor melawat Pusat Jagaan Husna Arrashid, Kampung Klang Gate dan empat rumah mualaf sekitar Taman Melawati yang berdaftar dengan Pertubuhan Hidayah Foundation Center.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.