ad
AGENDA

Sukan SEA: Batik pilihan Kontinjen Malaysia pada majlis pembukaan rasmi esok

4 Mei 2023, 1:00 AM
Sukan SEA: Batik pilihan Kontinjen Malaysia pada majlis pembukaan rasmi esok

PHNOM PENH, 4 MEI: Kontinjen negara bakal menggayakan batik pada majlis pembukaan rasmi Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, dijadual berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo, esok.

Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali berkata busana batik bakal dipakai kontinjen negara dalam upacara yang dijangka berlangsung dengan penuh gilang-gemilang itu bercirikan warna terdapat dalam Jalur Gemilang.

Katanya, kajian juga telah dilakukan bagi memastikan pakaian tersebut tampak elegan selain selesa dipakai atlet dan pegawai terlibat walaupun cuaca panas melanda Phnom Penh ketika ini.

“Pakaian batik ini merupakan hasil kerja beberapa pereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jaguh karate negara, R Sharmendran diberi kepercayaan membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi tersebut.

Seramai 677 atlet negara menyertai temasya dwitahunan kali ini sementara 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa disasarkan dibawa pulang dari Kemboja.

Sukan SEA yang masuk edisi ke-32 itu dijadual berakhir 17 Mei ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.