ad
AGENDA

PKNS sasar GDV RM1 bilion bagi projek perumahan baharu tahun ini

2 Mei 2023, 3:00 PM
PKNS sasar GDV RM1 bilion bagi projek perumahan baharu tahun ini

SHAH ALAM, 2 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion bagi enam projek hartanahnya pada tahun ini.

Timbalan ketua pegawai eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS berkata nilai tersebut membabitkan lebih 5,000 unit perumahan bercampur yang akan dilancarkan.

"Tahun ini kita ada enam projek perumahan dan hartanah baharu yang ditawarkan, antaranya di Shah Alam; Kota Puteri, Kuala Selangor serta Antara Gapi, Rawang," kata Suhaimi Kasdon pada sidang media di sini, hari ini.

Suhaimi berkata perbadanan hartanah negeri itu juga menyasarkan nilai jualan sebanyak RM600 juta pada tahun ini meskipun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi semasa.

Jelasnya, PKNS optimis mencapai sasaran tersebut menerusi kajian pemasaran yang dilaksanakan selain menyedia projek mampu milik kepada pembeli.

“Kita yakin boleh capai sasaran kerana kita hanya rancang projek yang mendapat sambutan dan bina di lokasi yang ada permintaan.

“Semua ini sudah dikaji dan diharapkan nilai sasaran itu berjaya dicapai, sekaligus menyaksikan peningkatan daripada RM400 juta tahun lalu,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.