ad
AGENDA

Tokoh ulama dari Pattani pimpin program talaqqi kitab Ihya Ulumuddin

1 Mei 2023, 3:17 PM
Tokoh ulama dari Pattani pimpin program talaqqi kitab Ihya Ulumuddin
Tokoh ulama dari Pattani pimpin program talaqqi kitab Ihya Ulumuddin

SHAH ALAM, 1 MEI: Tokoh ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni memimpin sesi kedua program talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor di sini, malam ini.

Program berlangsung selama dua jam diakhiri dengan sesi soal jawab dan solat Isyak berjemaah itu dihadiri kira-kira 200 individu.

Turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad.

[caption id="attachment_579183" align="aligncenter" width="668"] Isteri Dato' Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad turut serta menghadiri Talaqqi Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali yang dipimpin oleh Tokoh Ulama dari Pattani, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni sempena Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Program talaqqi itu diadakan bersempena Festival Turath Islami Selangor anjuran Kerajaan Negeri yang mengangkat perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan hari ini berkata festival tersebut menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab itu buat kali pertamanya dalam bahasa Melayu.

Amirudin berkata festival ini sebagai langkah membuka peluang kepada rakyat Selangor dan Malaysia untuk meraih manfaat daripada perbincangan kitab ini.

Festival dengan kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) itu menyasarkan penyertaan 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.