ad
AGENDA

Jualan murah barangan asas di sembilan lokasi esok

1 Mei 2023, 7:56 AM
Jualan murah barangan asas di sembilan lokasi esok
Jualan murah barangan asas di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 1 MEI: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, dari 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat esok membabitkan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lokasi terpilih termasuk kediaman Mohd Arshad, No 2, Parit 9 Timur (DUN Sabak), Surau Annur Kampung Sepakat (DUN Bukit Melawati) dan Masjid Nurul Jannah (DUN Meru).

[caption id="attachment_572793" align="aligncenter" width="720"] Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mendapatkan barangan murah pada Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Taman Impian Indah, Sungai Buloh pada 21 Mac 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI[/caption]

Selain itu, tapak pasar malam Sungai Rambai (DUN Banting), Alam Suria Puncak Alam (DUN Jeram) dan Kampung Chempaka Gelanggang Bola Keranjang (DUN Bandar Utama).

Lokasi lain, Kampung Baru A berhadapan padang awam (DUN Hulu Bernam), Pekan Bangi (DUN Sungai Ramal) dan Pangsapuri Mawar Cempaka (DUN Bandar Baru Klang).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

PKPS turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.