ad
AGENSI

MBI peruntuk lebih RM22,000 bantu peniaga terjejas ribut di Sepang

30 Apr 2023, 3:30 PM
MBI peruntuk lebih RM22,000 bantu peniaga terjejas ribut di Sepang

SHAH ALAM, 30 APRIL: Sebanyak 112 penjaja terjejas akibat ribut di Sepang pada 8 April lalu akan menerima sumbangan berjumlah RM200 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata sumbangan ehsan itu membabitkan 67 peniaga bazar Ramadan Putra Perdana dan 45 peniaga gerai sekitar Putra Perdana serta Pulau Meranti.

“Setiap peniaga akan menerima RM200," kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada Selangorkini.

Ahmad Azri berkata bantuan ehsan itu dijangka diserahkan pada majlis sambutan hari raya anjuran penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil pada minggu ketiga Mei ini.

Semalam, kira-kira 200 keluarga terjejas akibat ribut di Sepang menerima sumbangan RM500 daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada 8 April lalu, lebih 20 lokasi sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Pangsapuri Angsana di Sepang terjejas akibat ribut.

Kejadian kira-kira 4.30 petang itu mengakibatkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk mengalami kerosakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.