ad
AGENSI

Mangsa ribut di Pelabuhan Klang dapat perhatian Yide

29 Apr 2023, 4:21 AM
Mangsa ribut di Pelabuhan Klang dapat perhatian Yide
Mangsa ribut di Pelabuhan Klang dapat perhatian Yide
Mangsa ribut di Pelabuhan Klang dapat perhatian Yide

SHAH ALAM, 29 APRIL: Tiga keluarga mangsa ribut dan angin kencang di Pelabuhan Klang baru-baru ini mendapat perhatian Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Agensi itu tampil menghulurkan sumbangan tunai RM250 dan Pek Kasih kepada keluarga itu ketika tinjauan keadaan rumah mangsa kelmarin.

[caption id="attachment_578861" align="aligncenter" width="730"] Wakil sahabat prihatin Yide menyerahkan sumbangan tunai dan Pek Kasih Yide kepada mangsa ribut dan angin kencang di Pelabuhan Klang pada 27 April 2023. Foto Facebook Yide[/caption]

“Alhamdulillah YIDE hari ini (kelmarin) menyerahkan infaq dana musibah kepada golongan sasar yang disalurkan melalui orang awam.

“Mangsa turut berterima kasih kepada Yide yang sentiasa cakna kepada masyarakat ditimpa musibah di Selangor,” katanya menerusi Facebook.

Yide berkata mangsa menyedari angin kuat mula menerbangkan atap bumbung dan beberapa dahan pokok tumbang atas bumbung dapur rumah.

[caption id="attachment_578860" align="aligncenter" width="737"] Keadaan rumah mangsa yang terjejas susulan ribut dan angin kencang di Pelabuhan Klang pada 24 April 2023. Foto Facebook Yide[/caption]

“Seorang lagi mangsa menceritakan bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat mengakibatkan beberapa barang dalam rumah rosak terkena hujan," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu mangsa musibah boleh berinfaq melalui https://pay.infaqyide.com.my/institusi/yayasan-islam-darul-ehsan/infaqdanamusibah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.