ad
AGENDA

Anwar doa Erdogan kembali cergas, kesihatan bertambah baik

28 Apr 2023, 2:36 AM
Anwar doa Erdogan kembali cergas, kesihatan bertambah baik

KUALA LUMPUR, 28 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan terus diberikan kekuatan dan kecergasan.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, Anwar berkongsi, beliau sempat bercakap dengan Erdogan malam tadi.

“Alhamdulillah beliau (Erdogan) bertambah sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan,” menurut catatan itu.

Rabu lepas, media antarabangsa melaporkan wawancara Presiden Turkiye itu dengan penyiar tempatan pada malam hari Selasa secara tiba-tiba terganggu apabila beliau berasa tidak sihat semasa acara langsung berkenaan kerana mengalami selesema perut, yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Menurut laporan itu, wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.