ad
AGENDA

Sultan Selangor zahir ucapan Selamat Hari Tentera Laut ke-89

27 Apr 2023, 3:29 AM
Sultan Selangor zahir ucapan Selamat Hari Tentera Laut ke-89

SHAH ALAM, 27 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-89 kepada seluruh warganya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM turut menghargai segala pengorbanan dan sumbangan tentera laut.

“Baginda turut berkenan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Navy People di atas segala pengorbanan yang disumbangkan demi memperjuangkan kedaulatan agama bangsa dan negara.

“….selaras dengan cogan TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara. SEDIA BERKORBAN,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook hari ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.