ad
BERITA UTAMA

10,000 dijangka hadiri rumah terbuka Selangor di Klang Ahad ini

25 Apr 2023, 8:00 AM
10,000 dijangka hadiri rumah terbuka Selangor di Klang Ahad ini
10,000 dijangka hadiri rumah terbuka Selangor di Klang Ahad ini

SHAH ALAM, 25 APRIL: Seramai 10,000 tetamu dijangka menghadiri program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri bersekali rumah terbuka Kerajaan Negeri di Padang Taman Sri Kerayong, Klang pada 30 April.

EXCO kebudayaan berkata program dari 8 hingga 11 malam turut dihadiri Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Program kawasan ini berkonsepkan rewang sekampung jadi setiap kampung akan menyediakan menu masing-masing yang dimasak secara gotong royong.

“Kerja memasak juadah bermula dari 8 pagi hingga 5 petang dan akan dihidang pada malam itu. Sebanyak tiga ekor lembu juga akan disembelih,” kata Borhan Aman Shah kepada Selangorkini.

Program akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula Jumaat ini bertempat di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang.

Pengunjung juga akan didedahkan dengan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang turut disedia dan boleh segara dipohon.

Berikut tarikh dan lokasi program:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.