ad
AGENDA

Wanita rebah ketika solat sunat Aidilfitri

22 Apr 2023, 11:04 AM
Wanita rebah ketika solat sunat Aidilfitri

PADANG TERAP, 22 APRIL: Wanita warga emas rebah ketika ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tandop Besar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata wanita berusia 75 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

Sebaik tiba di hospital, katanya, doktor mengesahkan warga emas terbabit sudah meninggal dunia, lapor Berita Harian.

"Berdasarkan keterangan anaknya, mangsa dikatakan mempunyai rekod sakit jantung dan kematiannya tidak membabitkan sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mulkiaman berkata, jenazah mangsa dikebumikan hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.