Oleh Shamz Johan
HULU KELANG, 21 APRIL: Dato' Menteri Besar meluangkan malam Aidilfitri bertakbir raya bersama kira-kira 100 jemaah Surau At-Tarbiah, Fasa 4, Taman Melawati di sini malam tadi.
Beliau diiringi Setiausaha Politik Kawasan A. Rahim Kasdi tiba pada jam 8.25 malam dan disambut Pengerusi Datuk Haji Ir Aminnudin Yahya bersama jawatankuasa surau.
Selepas solat isyak, Amirudin bertakbir raya bersama jemaah yang dipimpin imam jemputan, Amir Naufal Rifqi Mohd Rashid.
Beliau meluangkan masa bersama jawatankuasa surau dalam jamuan ringan yang turut disertai penerbit filem, Datuk Dr. Mohd Yusof Md Haslam Khan.
Sebelum pulang, Amirudin sempat bersalaman dan bergambar dengan jemaah yang hadir.