SHAH ALAM, 21 APRIL: Kawasan bendang di Kampung Sungai Leman, Sabak Bernam menjadi lokasi penggambaran takbir Hari Raya Aidilfitri terbitan Kerajaan Negeri tahun ini.
Rakaman itu disertai Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama EXCO Selangor serta beberapa pemimpin Kerajaan Negeri.
[embed]https://twitter.com/media_selangor/status/1649374467037229056?s=46&t=LUDLxhL8o73sXsnaRyT5vAj[/embed]
Menariknya video kira-kira empat minit itu memaparkan suasana kampung yang tenang dan damai. Amirudin turut dilihat membonceng motosikal antik bersama EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah.
Video tersebut boleh ditonton di menerusi saluran Youtube SelangorTv, Facebook, TikTok, Instagram dan Twitter Media Selangor.