ad
ADN

300 keluarga DUN Taman Templer terima duit raya, barang keperluan

21 Apr 2023, 7:30 AM
300 keluarga DUN Taman Templer terima duit raya, barang keperluan

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 21 APRIL: Lebih 300 keluarga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer menerima sumbangan Aidilfitri bernilai RM100 semalam.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan tersebut diharap dapat membantu keluarga kurang mampu membuat persiapan raya.

"Sumbangan ini bersempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, semoga dapat membantu dan dimanfaatkan penduduk untuk persiapan mereka," kata Mohd Sany Hamzan ketika dihubungi.

Sumbangan diserahkan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Kampung Selayang Permai dan Dewan Kampung Selayang Indah.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan tunai kepada 15 keluarga mangsa ribut di Dewan MPKK Kampung Melayu Batu 16, Rawang yang diselaras bersama Parlimen Selayang.

"Kita harap sumbangan ini dapat membantu mangsa membaiki kerosakan dihadapi seperti bumbung dan dinding rumah," katanya.

Beliau turut menziarahi beberapa rumah di Selayang dan menyampaikan duit raya serta barang keperluan asas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.