ad
AGENDA

Hormati hidup beragama, elak cerca dan cacian (VIDEO)

19 Apr 2023, 1:30 PM
Hormati hidup beragama, elak cerca dan cacian (VIDEO)

SHAH ALAM, 19 APRIL: Umat Islam dilarang mencerca, mencaci sebaliknya menghormati pandangan dan anutan agama lain demi hidup yang lebih harmoni dan tenteram.

Mengulas ayat 108 Surah Al An'am, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ayat itu mengajar kita untuk berjiwa besar dalam aspek beragama, berinteraksi dengan orang beragama selain Islam dan muslim.

Beliau berkata sebenarnya Islam itu ditonjolkan dengan kerahmatan, kelunakan meliputi aspek budi bicara, toleransi, lapang dada dan berjiwa besar.

"Dalam satu kisah sahabat tak tahan dengan orang yang sembah berhala, mencerca, mengutuk, menghina dan perlekeh sahabat yang memeluk Islam.

"Sahabat membalas dan Allah SWT turunkan ayat ini, walaupun sahabat membalas bukan memulakan tetapi kesannya adalah mereka (orang kafir) lebih liar dalam mencaci Allah SWT dan kesucian Allah SWT perlu dijaga.

"Apabila Allah SWT melarang sahabat dari mencerca kembali maka sahabat berdiam diri kerana menjaga kesucian Allah SWT daripada dipermainkan lebih utama berbanding membalasnya," kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1648617199727448066[/embed]

Beliau membuat huraian ayat yang dibacakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata ia menunjukkan Islam itu tersebar bukannya dengan membalas cercaan.

"Sebagai contoh dalam perang salib umat Islam turut menghadapi kekalahan tetapi di sebalik kekalahan itu berapa ramai memeluk Islam, indikator kemenangan adalah berapa ramai tertarik dengan Islam bukannya secara zahir sama ada Islam itu menang atau kalah.

"Ini paksi ayat ini bagaimana kita berinteraksi dan bertoleransi dalam berhadapan dengan orang bukan Islam yang kadang-kadang agak nakal," katanya.

Amirudin pula berkata ayat itu memberi pedoman dan panduan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi apa yang berlaku di seluruh dunia boleh disaksikan di depan mata melalui gajet dan teknologi hari ini.

"Kadang-kadang kita cepat terusik tetapi terusik itu dibalas dengan amarah melampau, yang mencerca dan akhirnya menimbulkan sesuatu yang lebih buruk atau tidak menjaga kebaikan serta kemuliaan Allah SWT," katanya sambil menyatakan umat Islam perlu tegas dalam mempertahankan agama.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua– bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14 – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16 – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18 – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang

Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya

Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman

Episod 24 – takwa kunci toleransi

Episod 25 – empat perkara depani kemelut hidup

Episod 26 – amanah dan jauhi sikap melampaui batas

Episod 27 - sederhana dalam beribadat

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.