ad
AGENDA

Kod QR ganti tiket fizikal, atasi kesesakan di kaunter TBS

19 Apr 2023, 9:32 AM
Kod QR ganti tiket fizikal, atasi kesesakan di kaunter TBS

SHAH ALAM, 19 APRIL: Penggunaan kod QR sebagai pengganti tiket dilaksana di Terminal Bas Bersepadu (TBS) bagi mengurangkan kesesakan di kaunter dan balai pelepasan ketika musim perayaan.

Menteri pengangkutan berkata langkah itu bagi menyelesaikan rungutan pengguna yang perlu beratur panjang untuk mencetak tiket bas meskipun membeli secara dalam talian, lapor Berita Harian.

Menurut Anthony Loke, kaedah baharu itu juga memanfaatkan rakyat selaras agenda pendigitalan bagi sektor pengangkutan, sekali gus mengatasi masalah penumpang terlepas menaiki bas.

"Sepanjang Covid-19 melanda negara, penjualan tiket bas ekspres secara dalam talian atau aplikasi App Market merekodkan 401,000 pengguna, berbanding pembelian terus di terminal iaitu 216,000.

"Justeru, pelaksanaan integrasi ini semestinya memberi lebih kebaikan kepada rakyat selaras agenda pendigitalan bagi sektor pengangkutan," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Beliau berkata beberapa penyedia sistem tiket dalam talian (OTA) utama termasuk GoHub, BusOnlineTicket dan RedBus menjalin kerjasama bagi melaksanakan kaedah tersebut.

Dalam pada itu, Loke berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meluluskan 256 bas tambahan sempena Aidilfitri melalui permohonan lesen perubahan sementara (LPS) perayaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.