ad
AGENDA

Sederhana dalam beribadat, prihatin aspek kemanusiaan (VIDEO)

18 Apr 2023, 9:30 AM
Sederhana dalam beribadat, prihatin aspek kemanusiaan (VIDEO)

SHAH ALAM, 18 APRIL: Islam menyuruh penganutnya tidak berlebihan dalam beribadat dengan mengambil kira faktor sekeliling dan kemanusiaan.

Mengulas ayat 10 Surah al-Isra, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ayat itu diturunkan selepas kaum Quraisy mengkritik Nabi Muhammad SAW yang adakala memperlahan dan menyaringkan bacaan solat.

"Allah SWT suruh ambil yang pertengahan. Dalam seronok beribadat kepada Allah, kita kena peka keadaan sekeliling.

"Kepada Allah kita bertumpu dalam masa sama sedar sekeliling kita manusia... dengan manusia kita meraikan tetapi hati tetap tawaduk kepada Allah," kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1648202827020537856

Beliau membuat huraian ayat yang dibacakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat berkenaan berkait rapat dengan kehidupan seharian yang memerlukan kefahaman di antara komuniti sekali gus menonjolkan keindahan Islam.

"Kita beribadat di surau atau masjid (tapi) kita terlupa di sekeliling ada perumahan dan kejiranan apabila kita memasang atau memperdengar suara yang kuat.

"(Ia) tidak betul daripada segi adab sebagaimana ajaran al-Quran namun penelitian sangat perlu," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata ayat itu juga diturunkan apabila Rasulullah dikritik kerana membaca doa dengan menggunakan pelbagai gelaran untuk Allah.

"Nabi ada panggil Allah, ya Rahman, bila orang kafir dengar dia kata orang ini (nabi) halang kita menduakan tuhan tapi dia sekejap sebut Allah sekejap Rahman.

"Allah itu Maha Esa walaupun sifat dan namanya berbilang. (Ia) juga menunjukkan keharusan kita berdoa dengan menyeru nama atau sifat Allah (Asma'ul Husna)," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta

Episod dua– bersyukur bukti keimanan

Episod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan  – doa pakaian ummah

Episod sembilan  – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16  – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang

Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya

Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman

Episod 24 – takwa kunci toleransi

Episod 25 – empat perkara depani kemelut hidup

Episod 26 - amanah dan jauhi sikap melampaui batas

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.