ad
AGENDA

Amanah ketika diberi tanggungjawab, jauhi sikap melampaui batas (VIDEO)

17 Apr 2023, 8:19 AM
Amanah ketika diberi tanggungjawab, jauhi sikap melampaui batas (VIDEO)

SHAH ALAM, 17 APRIL: Umat Islam perlu menjaga amanah yang dipertanggungjawab sebagai jalan takwa selain tidak melampaui batas dalam kehidupan seharian.

Mengulas ayat 75 Surah al-Imran, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ayat tersebut berkait dengan kepercayaan dan memilih orang yang diberi amanah.

"Allah sebut orang yang bertakwa dalam kalangan kamu adalah orang yang terbaik tetapi juga dijelaskan supaya kita tidak meniru perangai serta sikap orang Yahudi (ahli kitab) yang merasakan orang lain hamba, tidak berguna," katanya.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1647836486866456577

Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi yang menghurai ayat berkenaan berkata ia boleh diguna pakai dalam mentadbir masyarakat majmuk di negara ini.

"Pengajaran untuk kita, walaupun berbeza status agama dan kedudukan, amanah kita dengan manusia tetap kita jaga walau siapa pun mereka.

"Contoh kita buat perjanjian dengan bukan Islam, kita jaga barang dia walaupun dia berlainan fahaman," kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Jelas beliau, perangai ahli kitab juga gemar mengubah perjanjian berdasarkan perbezaan agama dan mengikut kepentingan dan hawa nafsu mereka.

"Mereka juga memandang orang Arab itu lebih hina selain berbangga dengan kedudukan mereka," katanya yang membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan..

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta

Episod dua– bersyukur bukti keimanan

Episod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan  – doa pakaian ummah

Episod sembilan  – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16  – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang

Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya

Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman

Episod 24 - takwa kunci toleransi

Episod 25 - empat perkara depani kemelut hidup

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.