ad
EXCO

Selangor pertimbang cadangan bantu tampung kos rawatan bekas atlet hidap penyakit

17 Apr 2023, 5:38 AM
Selangor pertimbang cadangan bantu tampung kos rawatan bekas atlet hidap penyakit

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kerajaan Selangor mempertimbang cadangan untuk membantu menampung kos rawatan bekas atlet dan atlet kelainan upaya (OKU) negeri ini yang menghidap penyakit berisiko.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk mengenal pasti atlet yang memerlukan bantuan terbabit.

“Ada (cadangan), tetapi perkara itu adalah kerjasama daripada Kerajaan Negeri dan Yakeb itu sendiri.

“Kerajaan Negeri dari segi infrastruktur kita bantu, manakala Yakeb bekalkan atlet (memerlukan bantuan) kepada kita,” katanya kepada Selangorkini.

Mohd Khairuddin turut memaklumkan program Atlet Ceria Selangor yang diperkenal sejak empat tahun lepas menumpukan bantuan baik pulih kediaman selain membeli alatan rumah.

“Jadi insya-Allah, kita akan tengok balik bagaimana cara untuk bantu atlet yang kurang sihat ini,” katanya.

Awal bulan ini, lagenda bola sepak tanah air Khalid Ali dilapor menghidap barah paru-paru dan sedang menunggu keputusan tahap barah dihidapinya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.