ad
ADN

100 asnaf, anak yatim dan ibu tunggal DUN Pandan Indah terima baju raya RM380

16 Apr 2023, 5:30 AM
100 asnaf, anak yatim dan ibu tunggal DUN Pandan Indah terima baju raya RM380

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 16 APRIL: Seramai 100 asnaf, anak yatim dan ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima baju raya bernilai RM380 setiap seorang.

Menurut Pusat Khidmat Rakyat DUN Pandan Indah memaklumkan kesemua peserta Jom Shopping Baju Raya dibawa ke Jakel Mall, Kuala Lumpur pagi semalam.

“Seramai 100 penerima bantuan dibawa menaiki bas ke ibu kota bagi meraikan hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Setiap penerima menerima bantuan baju raya bernilai RM380 dan hanya boleh dibeli di Jakel Mall sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Pihaknya berharap program memberi kegembiraan kepada semua penerima bagi menyambut Aidilfitri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.