ad
AGENDA

Takwa kunci toleransi, jaga hubungan sesama manusia (VIDEO)

15 Apr 2023, 10:30 AM
Takwa kunci toleransi, jaga hubungan sesama manusia (VIDEO)

SHAH ALAM, 15 APRIL: Keharmonian hubungan sesama manusia akan tercapai jika adanya keseimbangan di antara toleransi dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Menghuraikan ayat 13 Surah al-Hujurat yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata umat Islam akan tergelincir tanpa dua elemen tersebut.

"Allah sengaja mencipta kepelbagaian dalam kehidupan supaya manusia boleh mengenali. Kalau tauhid mu hanya kebaikan maka kamu akan tempang dalam aspek kemanusiaan... mengasingkan diri daripada manusia untuk beribadah sahaja.

"Bila dikatakan manusia ada kesamarataan bermakna kita kena memandang manusia itu sama rata tapi tidak bermakna kita mengiktiraf agama mereka.

"Perbezaan agama tidak menjadi lampu hijau untuk kita meremehkan manusia," kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran & al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1647125160003260418

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat berkenaan mengajar umat Islam agar tidak melepasi batas dalam menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

"Banyak ayat al-Quran yang selalu menegur manusia jangan melampaui batas, amat pedih hukuman kepada mereka yang melampaui batas... ayat ini sedikit sebanyak menyentuh tentang batas kita selaku manusia dan umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah.

"Jangan lepasi batas itu... dijaga dengan baik, Insya-Allah ia akan lebih harmoni," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata amalan beragama menjadi tidak harmoni apabila umat tidak mampu membezakan batas hubungan dengan Allah dan manusia.

"Memang Allah berkehendak menciptakan manusia, ada lelaki perempuan, ada kabilah, bahasa, bangsa dan warna kulit untuk kita saling mengenali," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta

Episod dua– bersyukur bukti keimanan

EEpisod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan  – doa pakaian ummah

Episod sembilan  – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16  – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang

Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya

Episod 23 - buat kebaikan, jauhi kezaliman

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.