ad
AGENDA

Negeri salur RM5 juta, tingkat pendidikan kanak-kanak istimewa

15 Apr 2023, 7:03 AM
Negeri salur RM5 juta, tingkat pendidikan kanak-kanak istimewa
Negeri salur RM5 juta, tingkat pendidikan kanak-kanak istimewa

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 APRIL: Kerajaan Negeri tekad mengutamakan pendidikan termasuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak istimewa di Selangor.

Dato’ Menteri Besar berkata komitmen itu diterjemah menerusi tambahan peruntukan kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini.

“Bukan itu sahaja, kewujudan Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) menjadikan Selangor satu-satu negeri yang mempunyai jabatan khas untuk menjaga kebajikan golongan ini.

“Pelbagai program dirangka daripada memberi bantuan, melatih pendidik sehinggalah memberi kemahiran bekerja,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

[caption id="attachment_534269" align="aligncenter" width="762"] Ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke reruai Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi mendapatkan maklumat program dan menyertai aktiviti yang disediakan dalam Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto Facebook Anak Istimewa Selangor - ANIS[/caption]

Sebelum ini, Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan Pusat Prasekolah AnIS di setiap pihak berkuasa tempatan bagi memenuhi permintaan ibu bapa.

Amirudin berkata usaha menubuhkan pusat jagaan harian anak kelainan upaya (OKU) berusia lima hingga enam tahun sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa kurang berkemampuan.

Beliau memaklumkan hampir 100 permohonan untuk masuk ke Prasekolah AnIS pertama yang ditubuhkan di Seksyen 7 di sini dengan 35 daripadanya sedang mengikuti pembelajaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.