ad
ADN

Lebih 1,000 kg lebihan makanan bazar dikumpul, bantu kurangkan karbon

14 Apr 2023, 9:26 AM
Lebih 1,000 kg lebihan makanan bazar dikumpul, bantu kurangkan karbon

SUBANG JAYA, 14 APRIL: Lebih 1,000 kilogram (kg) lebihan makanan di bazar Ramadan USJ 4 di sini berjaya dikumpul sepanjang tiga minggu berpuasa.

Ahli Dewan Negeri berkata langkah itu dapat menghalang penghasilan 2,500 kg karbon sekali gus mengurangkan faktor pemanasan global dan perubahan iklim.

“Dalam tempoh tiga minggu berpuasa kita dapat kumpul lebih 1,000 kg makanan hanya di satu lokasi bazar.

“Kalau kita tidak jayakan program ini, banyak pembaziran makanan. Namun lebih teruk ia menyumbang kepada penghasilan karbon yang tinggi hingga memberi kesan buruk kepada alam sekitar,” kata Michelle Ng Sze Mei.

Beliau ditemui selepas meninjau pembinaan laluan konkrit di taman permainan SS 19 di sini hari ini.

Ramadan tahun ini Michelle bersama syarikat What A Waste menjayakan program mengumpul lebihan makanan di bazar Ramadan USJ 4 sebelum mengagihkannya ke rumah kebajikan.

Usaha bermula Mac lalu turut mengumpul lebihan makanan ketika sidang Dewan Negeri Selangor lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.