ad
AGENDA

Umat Islam diseru buat kebaikan, jauhi perbuatan zalim (VIDEO)

14 Apr 2023, 7:17 AM
Umat Islam diseru buat kebaikan, jauhi perbuatan zalim (VIDEO)

SHAH ALAM, 14 APRIL: Umat Islam diseru melakukan kebaikan dan menjauhi perbuatan zalim kerana Allah SWT menyediakan ganjaran berlipat ganda atas kebaikan dilakukan hamba-Nya.

Menghuraikan ayat 40 Surah An-Nisa yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata meniggalkan kezaliman dikira sebagai ketaatan.

Jelasnya, ayat itu juga menyentuh sebesar-besar kezaliman adalah mensyirikkan Allah dan meminta manusia berhati-hati meletakkan satu-satu perkara itu di tempat yang sepatutnya.

"Bila Allah sediakan segala ruang kebaikan untuk hambanya, dan Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda. Tetapi jika hamba itu masih lagi berlaku zalim, maka yang zalim hamba itu sendiri.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1646732939831672832[/embed]

"Perkara kezaliman ini, Allah sendiri haramkan dirinya berlaku zalim," katanya dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Sementara itu, Amirudin pula berkata soal kezaliman boleh diperluaskan bukan hanya sesama manusia tetapi kepada makhluk lain termasuk alam sekitar dan haiwan.

"Mungkin penjelasan soal kezaliman itu boleh diperluaskan lagi, bukan hanya sesama manusia, soal ketuhanan (mensyirikkan Allah) begitu juga dengan makhluk lain.

"...Gesa umat Islam, laksana keadilan dan jauhi kezaliman semoga dapat hidayah dan petunjuk," kata beliau.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta

Episod dua– bersyukur bukti keimanan

EEpisod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan  – doa pakaian ummah

Episod sembilan  – tuntut ilmu

Episod 10– hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16  – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang

Episod 22 - jaga alam, bertaubat kepadaNya

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.