ad
AGENSI

Kusel sumbang kelengkapan raya buat warga emas, anak yatim

14 Apr 2023, 4:05 AM
Kusel sumbang kelengkapan raya buat warga emas, anak yatim

SHAH ALAM, 14 APRIL: Seramai 77 penghuni dan penjaga Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah di Rawang menerima sumbangan daripada Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (Kusel) sempena Aidilfitri.

Pengarah urusan Kusel memaklumkan agihan bersama pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Rabu lalu meliputi kelengkapan raya selain sumbangan tunai RM2,000 kepada pusat jagaan terbabit.

Menurut Khairul Azmi Misran, sumbangan itu bagi memastikan tiada siapa yang tercicir dalam meraikan Syawal, yang sememangnya dinanti-nantikan seluruh umat Islam saban tahun.

"Justeru, menjadi harapan Kusel agar sumbangan yang disampaikan memberi kebahagiaan dan keceriaan kepada penghuni pusat jagaan ini sempena lebaran yang menjelang tiba," katanya dalam kenyataan.

Kusel sebuah organisasi milikan penuh Kerajaan Selangor pernah menyempurnakan beberapa siri serahan sumbangan sebelum ini termasuk persiapan menghadapi banjir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.