ad
AGENSI

Selangor Junior Superstars kembali, tawar wang tunai RM4,500

13 Apr 2023, 1:38 PM
Selangor Junior Superstars kembali, tawar wang tunai RM4,500

KLANG, 13 APRIL: Kerajaan Negeri meneruskan pertandingan Selangor Junior Superstars tahun ini dengan menyasar lebih 100 penyertaan.

Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Dato’ Menteri Besar berkata pertandingan nyanyian solo itu terbuka kepada peserta berusia sembilan hingga 15 tahun.

“Ini merupakan tahun kedua penganjuran program yang mana kali pertama diadakan pada 2021. Pada kali ini program melibatkan golongan profesional iaitu Persatuan Artis Tamil Negeri Selangor.

“Program ini diteruskan bagi memberi peluang anak-anak muda menunjukkan bakat di samping dibimbing golongan profesional dan mentor daripada artis tempatan,” kata Dr G Gunaraj.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Pembangunan Komuniti Taman Sentosa di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Sentosa itu juga memaklumkan hadiah wang tunai RM2,000 ditawarkan kepada juara diikuti naib juara (RM1,500) dan tempat ketiga (RM1,000).

Permohonan dibuka selama 10 hari bermula 14 April (esok) manakala uji bakat 30 April dan pertandingan akhir pada 28 Mei depan.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang penyertaan di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSckS_dgP3I1Nv5rDx1Dvyo0KRFnhyOHmfHKGDzsjbU_SI6tpg/viewform

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.