ad
AGENDA

PM: Perpaduan kaum elak pecah-belah, hapus politik identiti

13 Apr 2023, 1:02 PM
PM: Perpaduan kaum elak pecah-belah, hapus politik identiti
PM: Perpaduan kaum elak pecah-belah, hapus politik identiti

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Kerajaan akan berusaha memelihara negara dan rakyat daripada terjerumus dalam kancah konflik perkauman sempit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan juga akan meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat.

“Kunci kepada perpaduan kaum yang kita kecapi selama ini adalah saling menghormati, yang menjadi salah satu unsur penting dalam membangunkan Malaysia Madani,” menurut catatan itu.

Bersempena sambutan Hari Songkran, Anwar menyeru seluruh masyarakat keturunan Siam untuk bersama-sama rakyat Malaysia yang lain bersatu hati serta berkongsi tujuan dan tekad di samping mengekalkan perpaduan dan kerjasama bagi membangunkan negara.

“Dengan itu, kita akan sama-sama membawa Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Selamat menyambut Perayaan Songkran kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia,” katanya.

Songkran, yang terkenal sebagai festival air, adalah sambutan Tahun Baharu Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.