ad
AGENDA

Seru umat Islam jaga alam, bertaubat kepada-Nya (VIDEO)

13 Apr 2023, 11:00 AM
Seru umat Islam jaga alam, bertaubat kepada-Nya (VIDEO)

SHAH ALAM, 13 APRIL: Umat Islam diajar sentiasa bertaubat apabila melakukan kemungkaran malahan mengajak manusia lain memelihara bumi daripada kerosakan.

Menghuraikan ayat 41 Surah ar-Rum yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata masyarakat juga perlu diseru untuk menghargai alam sekitar.

"Ayat ini bukan nak fokus pada kerosakan dan manusia yang buat perlakuan yang menyimpang daripada pedoman Ilahi tetapi fokus kepada bertaubat dan kembali kepada Allah.

"Bila kita faham, kita tidak akan fokus salahkan orang tapi fokus pada apa yang kita perlu lakukan dan apa yang perlu kita seru pada masyarakat untuk menangani dan menghadapi kerosakan yang ada," kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran & al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1646409717173080065

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata Allah SWT adalah sebaik-baik Pencipta apabila Dia berhajat menjadikan manusia sebagai pentadbir bumi.

"Saya teringat kepada ayat yang menceritakan Allah menyatakan kesediaan menurunkan manusia sebagai khalifah di bumi, lalu malaikat mengatakan bahawa manusia ini akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah.

"Lalu Allah berfirman Dia tahu apa yang terbaik dan yang benar," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata manusia tidak disuruh untuk mengubah takdir sebaliknya menghadapi kerosakan yang berlaku di muka bumi.

"Yang ditakdirkan adalah bagaimana kita tabah, syukur, redha dan tawakal untuk kita berhadapan dengan plot takdir.

"Lagi banyak kerosakan kita hadapi dan kita pandang, bermaksud lebih menyentuh keinsafan untuk kita kembali kepada Allah," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10 – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14 – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16 – hormat sesama manusia

Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam

Episod 18 – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam

Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan

Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad

Episod 21 - ganjaran bersedekah, beri hutang

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.