ad
AGENSI

400 pelajar sekolah sertai program kenal, faham tujuan bayar zakat

13 Apr 2023, 1:16 AM
400 pelajar sekolah sertai program kenal, faham tujuan bayar zakat

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 13 APRIL: Hampir 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan Kuala Langat menyertai program 'Start with Seringgit' anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Selasa.

Program amali itu bertujuan memberi pendedahan supaya murid lebih mengenal dan memahami rukun Islam ketiga.

“Rata-rata murid gembira mendapat pengalaman awal menunaikan ibadah zakat secara amali dan praktikal.

“Mereka turut menerima cenderahati tabung bagi tujuan memupuk sifat menabung supaya dapat menunaikan zakat simpanan satu hari nanti,” maklumnya di Facebook.

Agensi itu memaklumkan program diperkenalkan Divisyen Kutipan LZS itu adalah lanjutan daripada modul buku teks sekolah agama bagi subjek zakat utuk murid darjah lima dan bagi semua murid sekolah menengah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.