ad
AGENDA

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi raja di laman sosial

12 Apr 2023, 1:15 PM
Polis tahan lelaki disyaki hina institusi raja di laman sosial

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial Facebook.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata suspek berusia 42 tahun itu yang merupakan pemilik akaun Facebook bernama ‘Raja Hairun’, ditahan di Temerloh, Pahang, hari ini.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di lokap berpusat Kuala Lumpur, esok.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Noorsiah menasihatkan masyarakat agar sentiasa menghormati institusi beraja yang telah dijamin oleh Perlembagaan, demi kestabilan negara, bangsa dan agama.

"Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan menghina dan memperlekeh institusi beraja akan diambil tindakan tegas," katanya. - BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.